Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi

MADINAH: Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah pada Khamis bagi membincangkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
Mohamad yang kini dalam rangka lawatan rasmi ke Arab Saudi dari 10 hingga 14 Dis, disambut oleh Dr Tawfiq di Al-Masjid Al-Nabawi sekitar pukul 12.20 tengah hari waktu tempatan (5.20 petang waktu Malaysia).
Terdahulu, kedua-dua menteri turut menunaikan solat Zohor bersama.