Malaysia tunggu maklum balas Arab Saudi berkenaan kuota tambahan haji 2025

KOTA BHARU: Kerajaan Malaysia sedang menunggu maklum balas daripada Arab Saudi berhubung permohonan tambahan kuota haji bagi tahun 2025, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar.
Beliau berkata pihaknya telah mengemukakan rayuan bertulis kepada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr. Tawfiq Fawzan Muhammed Al-Rabiah mengenai perkara tersebut.
“Dalam rayuan tersebut, saya memohon kepada Tawfiq untuk mempertimbangkan pemberian kuota tambahan haji kepada Malaysia bagi tahun 2025.