Arab Saudi ingatkan jangan tunai haji tanpa permit

JEDDAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menegaskan bahawa individu yang berhasrat menunaikan haji pada tahun ini (1446 Hijrah) perlu memperoleh permit haji melalui platform Nusuk, yang disepadukan dengan “Platform Permit” bersepadu untuk pengeluaran permit rasmi, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Kementerian itu turut menekankan bahawa tiada jenis visa yang membenarkan seseorang menunaikan haji tanpa permit, dan pematuhan sepenuhnya terhadap semua peraturan serta arahan adalah penting bagi menjamin keselamatan jemaah serta kelancaran ibadah haji.
Dalam kenyataan sama, kementerian turut memberi amaran terhadap kegiatan penipuan serta promosi kempen palsu berkaitan haji yang disebarkan melalui iklan mengelirukan di media sosial.